Meninggal dunia Mazlan_Nordin

Pada hari Khamis, 22 Mac 2012, Mazlan Nordin meninggal dunia (87 tahun) di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau dimasukkan ke PPUM selepas terjatuh di bilik air rumah anaknya .Anak keempat beliau, Yuri Azhar, 39 memaklumkan bahawa doktor memberi bapanya sedatif bagi mengurangkan rasa sakit .[3] [4] Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara bersebelahan kubur isterinya, Rogayah Sameon yang meninggal dunia pada 1996.Beliau meninggalkan empat cahaya mata, iaitu Roslin, 45; Addie Mazlan, 43 ; Yuri Azhar, 38; dan Mohd Faisal, 25 serta empat cucu. Anak sulungnya meninggal dunia pada 2005 akibat penyakit paru-paru.

Antara yang menziarahi jenazah ialah [[Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Pengerusi NSTP, Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan; Pengerusi Eksekutif Media Prima, Datuk Johan Jaafar; Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima, Datuk Ahmad Abd Talib dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk A Kadir Jasin.